BERSEGERA
DI DALAM MELAKUKAN IBADAT
Tarikh : 10 Rabiul Akhir 1435 / 10 Februari 2014
Tempat:
Surau Hj Abdul Fatah Pasir Mas
Kitab : Riyadhus Solihin Imam Nawawi
Hadis ke 93
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رُضُىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ
رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ : (( بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ
سَبْعًا : هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلاَّ فَقْرًا مُنْسِياً ، أَوْ غِنيً مُطْغِيًا ،
أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا ، أَوْ هَرَمًا مُفْنِدًا ، أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا ، أَوْ
الدَجَّال فَشَرٌّ غَائِبٍ يُنْتَظَر ، أَوِ السَّاعَةُ ، فاَلسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَر))
رواه الترمذي وقال حديث حسن.
Daripada
Abu Hurairah R.A , bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bersegeralah engkau
melakukan amalan kebaikan sebelum datang nya tujuh perkara:-
i.
Apakah engkau sekalian menantikan - enggan
melakukan dulu, melainkan setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau
ii.
Tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan,
atau
iii.
Tibanya kesakitan yang merusakkan, atau
iv.
Tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan
yang tidak keruan lagi, atau
v.
Tibanya kematian yang mempercepatkan -
lenyapnya segala hal, atau
vi.
Tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk
ghaib yang ditunggu, atau
vii.
Tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu
adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggunggannya."
Diriwayatkan
oleh ImamTermidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis Hasan.
Di Antara Pengajaran
Hadis
i.
Perkhabaran dari Nabi mengenai Dajjal Al Masih merupakan
tanda-tanda berlakunya qiamat. Dajjal ialah manusia kafir lagi jahat hadir pada
hampir hari qiamat, Dajjal ini menyeru kepada kekafiran. Adalah nabi SAW
meminta perlindungan dari Allah terhadap Dajjal ini. Hadis telah meriwayatkan
bahawa nabi Isa akan membunuhnya selepas turun ke dunia.
ii.
Bahawa azab dunia lebih ringan dari azab
akhirat, oleh itu di atas setiap orang hendaklah bersegera melakukan amalan
soleh sebelum datang nya penghalang (tujuh perkara yang disebut di atas).
iii.
Di antara perkara paling besar yang menyibukkan
manusia daripada kebaikan ialah kefakiran yang keterlaluan, kekayaan melampau,
kesakitan dan usia terlalu tua.
Oleh itu
sedarlah kita semua bahawa kesenangan dan kelapangan di dalam melakukan ibadat
bukannya sentiasa ada ibarat berniaga tidak selalu untung. Maka lakukanlah ibadat tanpa bertangguh jika sampai masa kita ditimpa kemiskinan
yang keterlaluan maka ia boleh menghalang dari beribadat kerana asyik
memikirkan tentang keperluan fitrah yang tidak dapat dipenuhi. Atau tiba-tiba
menjadi kaya yang sampai kepada berlaku kecurangan kerana mahu mengekalkan
kekayaan dan menambah kekayaan yang akhirnya meninggalkan amalan kebaikan.
Mungkin juga ditimpa kesakitan yang merosakkan. Kita lihat pada hari ini
penyakit kronik yang bermacam-macam seperti sakit jantung, kanser, buah pinggang
dan tak kurang juga penyakit baru H1N1 dan sebagainya. Pada ketika itu baru
mula teringat nak pergi masjid sedang kaki sudah tidak boleh melangkah, nafas
sudah tercungap-cungap atau badan terlantar di atas katil wayar berserabut di
badan.
Atau sampai umur terlalu tua
sehingga percakapan meracau entah apa yang dituturkan bagaimana hendak baca
Quran dan berzikir kalau dah merapu lebih-lebih lagi kalau dah jadi nyanyuk.
Atau mati yang mengejut tidak ada amaran atau peringatan apa tah lagi kematian
zaman moden ini, sakit tidak ada tidak tapi tiba-tiba mati kerana kemalangan.
Atau mungkin sempat hidup bersama dengan Dajjal yang amat jahat dan menyesatkan
manusia pada ketika itu manusia sanggup sesat mengikut Dajjal kerana tidak mahu
susah di dunia sedangkan Dajjal hanyalah menyesatkan manusia. Atau Qiamat yang
menyebabkan manusia bingung dan telah jauh dari hidayah Allah.