Pages

17 Feb 2014

TAJUK: BERSUNGGUH MELAKUKAN IBADAT KEPADA ALLAH
TARIKH: 17 FEBRUARI 14 - 17 RABIUL AKHIR 1435
KITAB : NUZHATUL MUTTAQIN SYARAH RIYADHUS SOLIHIN

TEMPAT: SURAU HJ ABDUL FATAH KG. MEKASAR PASIR MAS

1. Firman Allah SWT
 وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
69. dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya.(al-‘Ankabuut)

(وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ )
99. dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara Yang tetap) yakin.(al-Hijr)

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلً
8. dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan.(al-Muzzammil)
وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
20. apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan Yang sebaik-baiknya dan Yang amat besar pahalaNya. dan mintalah ampun kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Muzzammil)
وَمَا تُنفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
273., apa jua Yang kamu belanjakan dari harta Yang halal maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya.(al-Baqarah)
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

2. Hadis Nabi SAW.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : إِنَّ اللهَ قَالَ ( مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتىَّ أَحَبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ اَّلذِي يَبْصُرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا ، وَإِنْ سَأَلْنِي لَأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنْ اِسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ(
Maksud Hadis: Dari Abu Hurairah RA, katanya “Rasulullah SAW bersabda:
            “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman- dalam hadis Qudsi: “Barangsiapa memusuhi kekasihKu, maka memberitahukan pada nya bahawa aku akan Kuperangi –Kumusuhi.

            Dan tidaklah seorang hambaKu itu mendekat padaKU dengan sesuatu yang amat KU cintai lebih daripada apabila ia melakukan apa-apa yang telah Ku wajibkan padanya. Dan tidaklah seorang hambaKU itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Akulah yang sebagai telinganya yang digunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat, Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia gunakan untuk berjalan. Andai katak dia meminta sesuatu padaKU, pastilah Ku beridan andaikata memohon perlindungan pada Ku, pastilah Ku lindungi.” (Riwayat Bukhari))

12 Feb 2014

BERSEGERA DI DALAM MELAKUKAN IBADAT

Tarikh : 10 Rabiul Akhir 1435 / 10 Februari 2014
Tempat: Surau Hj Abdul Fatah Pasir Mas
Kitab   : Riyadhus Solihin Imam Nawawi

Hadis ke 93
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رُضُىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ : (( بَادِرُوا بِالأَعْمَالِ سَبْعًا : هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلاَّ فَقْرًا مُنْسِياً ، أَوْ غِنيً مُطْغِيًا ، أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا ، أَوْ هَرَمًا مُفْنِدًا ، أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا ، أَوْ الدَجَّال فَشَرٌّ غَائِبٍ يُنْتَظَر ، أَوِ السَّاعَةُ ، فاَلسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَر)) رواه الترمذي وقال حديث حسن.
Daripada Abu Hurairah R.A , bahawa Rasulullah SAW telah bersabda bersegeralah engkau melakukan amalan kebaikan sebelum datang nya tujuh perkara:-
i.              Apakah engkau sekalian menantikan - enggan melakukan dulu, melainkan setelah tibanya kefakiran yang melalaikan, atau
ii.            Tibanya kekayaan yang menyebabkan kecurangan, atau
iii.           Tibanya kesakitan yang merusakkan, atau
iv.           Tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak keruan lagi, atau
v.            Tibanya kematian yang mempercepatkan - lenyapnya segala hal, atau
vi.           Tibanya Dajjal, maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, atau
vii.          Tibanya hari kiamat, maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit penanggunggannya."
Diriwayatkan oleh ImamTermidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis Hasan.

Di Antara Pengajaran Hadis
i.              Perkhabaran dari Nabi mengenai Dajjal Al Masih merupakan tanda-tanda berlakunya qiamat. Dajjal ialah manusia kafir lagi jahat hadir pada hampir hari qiamat, Dajjal ini menyeru kepada kekafiran. Adalah nabi SAW meminta perlindungan dari Allah terhadap Dajjal ini. Hadis telah meriwayatkan bahawa nabi Isa akan membunuhnya selepas turun ke dunia.
ii.            Bahawa azab dunia lebih ringan dari azab akhirat, oleh itu di atas setiap orang hendaklah bersegera melakukan amalan soleh sebelum datang nya penghalang (tujuh perkara yang disebut di atas).
iii.           Di antara perkara paling besar yang menyibukkan manusia daripada kebaikan ialah kefakiran yang keterlaluan, kekayaan melampau, kesakitan dan usia terlalu tua.

Oleh itu sedarlah kita semua bahawa kesenangan dan kelapangan di dalam melakukan ibadat bukannya sentiasa ada ibarat berniaga tidak selalu untung. Maka lakukanlah ibadat tanpa bertangguh jika sampai masa kita ditimpa kemiskinan yang keterlaluan maka ia boleh menghalang dari beribadat kerana asyik memikirkan tentang keperluan fitrah yang tidak dapat dipenuhi. Atau tiba-tiba menjadi kaya yang sampai kepada berlaku kecurangan kerana mahu mengekalkan kekayaan dan menambah kekayaan yang akhirnya meninggalkan amalan kebaikan. Mungkin juga ditimpa kesakitan yang merosakkan. Kita lihat pada hari ini penyakit kronik yang bermacam-macam seperti sakit jantung, kanser, buah pinggang dan tak kurang juga penyakit baru H1N1 dan sebagainya. Pada ketika itu baru mula teringat nak pergi masjid sedang kaki sudah tidak boleh melangkah, nafas sudah tercungap-cungap atau badan terlantar di atas katil wayar berserabut di badan.
            Atau sampai umur terlalu tua sehingga percakapan meracau entah apa yang dituturkan bagaimana hendak baca Quran dan berzikir kalau dah merapu lebih-lebih lagi kalau dah jadi nyanyuk. Atau mati yang mengejut tidak ada amaran atau peringatan apa tah lagi kematian zaman moden ini, sakit tidak ada tidak tapi tiba-tiba mati kerana kemalangan. Atau mungkin sempat hidup bersama dengan Dajjal yang amat jahat dan menyesatkan manusia pada ketika itu manusia sanggup sesat mengikut Dajjal kerana tidak mahu susah di dunia sedangkan Dajjal hanyalah menyesatkan manusia. Atau Qiamat yang menyebabkan manusia bingung dan telah jauh dari hidayah Allah.

7 Feb 2014

Daurah Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Tarikh: 2 Rabiul Awwal 1435 / 2 Februari 2014
Tempat: Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat Repek Pasir Mas
Tajuk:70 Selawat terbaik khasiat dan cara mengamalkannya

Syeikh Muhammad telah menyampaikan kuliah dan ceramah serta mengijazahkan amalan selawat yang diterima oleh beliau daripada Syeikh Yasin al-Fadani di Makkatul Mukarramah yang menerima nya pula dari Syeikh Yusuf bin Ismail al-Nabhaani iaitu pengarang kitab Afhdhalu al-Solawaat 'Ala Sayyidi al-Saadaat. In Syaa Allah saya akan memetik beberapa isi kitab ini untuk manfaat semua:-

BAB 1

1.Pentafsiran Firman Allah SWT.( Kenapa kita berselawat kepada Rasulullah SAW)

¨bÎ) ©!$# ¼çmtGx6Í´¯»n=tBur tbq=|Áムn?tã ÄcÓÉ<¨Z9$# 4 $pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#q=|¹ Ïmøn=tã (#qßJÏk=yur $¸JŠÎ=ó¡n@ ÇÎÏÈ  
56. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

Abdullah Ibnu Abbas berkata

اراد الحق جل جلاله أن الله سبحانه وتعالى يرحم النبي والملاءكة يدعون له. والصلاة من الله : الرحمة، ومن الملائكة الإستغفار.
            “Allah SWT ingin memberitahu sesungguhnya Allah SWT sentiasa merahmati Nabi SAW, sementara para malaikat-Nya pula sentiasa mendoa kerahmatan dan kesejahteraan kepada Baginda SAW. Pada asalnya, selawat daripada Allah mencurahkan rahmat-Nya dan daripada malaikat pula bermaksud memohon keampunan dosa mereka.” (MS/-1)

2.Sekurang-kurang selawat ke atas nabi (MS/-2)
اللهم صل على محمد
Manakala lafaz selawat yang sempurna ialah:-
اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم ، وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد




3.Hukum berselawat ke atas Nabi SAW (MS/-3)
-Al-Hafzi Al-Sakhawi menyatakan bahawa Imam Abdi al-Barri berkata “ Ulama bersepakat sesungguhnya berselawat ke atas Nabi SAW merupakan suatu kefardhuan bagi setiap Mukmin berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud, ‘Wahai orang-orang yang beriman. Berselawatlah kepada Nabi SAW dan ucapkanlah ucapan selamat sejahtera kepadanya”
-Imam al-Qurtubi mula berkata “ Tidak ada khilaf dalam kalangan ulama bahawa wajib berselawat kepada Nabi SAW sekali seumur hidup. Sesungguhnya berselawat wajib pada setiap ketika sebagai sunnat muakkad”
MS/-3
4.Peringatan penting (MS/-7)
الصلاة على النبي مقبولة قطعا من كل أحد لا شك أن الصلاة على البني أفضل الأعمال ، وهي ذكر الملائكة الذين هم على أطراف الجنة.
Sesungguhnya selawat kepada Nabi SAW daripada setiap orang akan diterima secara pasti oleh Allah SWT. Tidak syak lagi sesungguhnya selawat kepada Nabi SAW merupakan sebaik-baik amalan. Ucapan selawat ini juga menjadi zikir bagipara malaikat yang duduk di tepi-tepi syurga,”

ولكن القبول لا يقطع به إلا للذات الطاهرة والقلب الطاهر لأنها اذا خرجت من الذات الطاهرة خرجت سالمة من جميع العلل مثل الرياء والعجب
Tetapi (perlu diiingatkan sesungguhnya) Allah SWT tidak akan menerima secara pasti (selawat yang diucapkan) melainkan bagi zat-zat yag bersih dan hati yang bening. Ini kerana selawat yang keluar dari zat-zat yang bersih, nescaya selawat tersebut akan keluar dalam keadaan selamat daripada segala bentuk penyakit hati sepeprti riak dan ujub”
BAB DUA
Hadis menggalakkan berselawat
1.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "من صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا" :رواه مسلم
Rasulullah SAW bersabda , “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah SWT berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali”  (MS.33)

2. " إِنَّ لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مَلَكًا أَعْطَاهُ أَسْمَاعَ الْخَلَائِقِ ، فَهُوَ قَائِمٌ عَلَى قَبْرِي إِذَا مِتُّ فَلَيْسَ أَحَدٌ يُصَلِّي عَلَيَّ صَلَاةً إِلَّا قَالَ : يَا مُحَمَّدُ , صَلَّى عَلَيْكَ فُلَانُ بْنُ فُلَانٍ قَالَ : فَيُصَلِّي الرَّبُّ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَلَى ذَلِكَ الرَّجُلِ بِكُلِّ وَاحِدَةٍ عَشْرًا "
Rasulullah SAW bersabda , “Sesungguhnya Allah SWT memiliki satu malaikat yang diberi kelebihan boleh mendengar semua makhluk Allah, Ia berdiri di atas kuburku apabila aku wafat. Justeru tidak ada siapa pun yang berselawat ke atas ku dengan ucapan yang tulus ikhlas daripada hatinya melainkan malaikat tersebut akan berkata, “Wahai Muhammad, si polan bin si polan telah berselawat kepada kamu. Sabdanya lagi . : Justeru Allah SWT pun berselawat kepada lelaki tersebut dengan setiap satu selawatnya sebanyak sepuluh kali dan para malaikat berterusan berselawat ke atasnya selama mana dia berselawat kepada ku” (MS.37)
3. وقال صلى الله عليه وسلم ، من صلى عليّ واحدة صلى الله عليه عشرا، ومن صلى علي عشرا صلى الله عليه مائة: كتب الله له بين عينيه براءة من النفاق ، وبراءة من النار ، وأسكنه الله يوم القيامة مع الشهداء . فأكثروا من الصلاة علي كلما ذكرت فإنها كفارة لسيئاتكم
Rasulullah SAW bersabda, “ Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali nescaya Allah SWT akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Sesiapa yang berselawat kepadaku sepuluh kali, nescaya Allah SWT berselawat kepadanya seratus kali. Sesiapa yang berselawat kepadaku seratus kali nescaya Allah SWT akan menuliskan di dahinya Kelepasan daripada sifat munafik dan kelepasan daripada neraka dan Allah SWT akan menempatkannya pada hari kiamat kelak di dalam syurga bersama-sama golongan syuhada(orang yang mati syahid). Justeru banyakkanlah berselawat kepadaku setiap kali nama disebutkan. Maka sesungguhnya selawat kamu itu akan menghapuskan dosa-dosa kamu.(MS.38)

BAB 3
Galakan berselawat pada hari dan malam Jumaat
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة فيه خلق ‏ ‏آدم ‏ ‏وفيه النفخة وفيه الصعقة فأكثروا علي من الصلاة فيه فإن صلاتكم معروضة علي فقالوا يا رسول الله كيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت ‏ ‏يعني بليت فقال إن الله حرم على الأرض أن تأكل أجساد الأنبياء
Rasulullah SAW telah bersabda , “Seafdal-afdal hari kamu ialah hari Jumaat, kerana pada hari itulah nabi Adam diciptakan dan di matikan. Pada hari Jumaat juga ditiupkan sangkakala dan semua makhluk dihancurkan. Justru perbanyakkan selawat kepadaku pada hari Jumaat, maka sesungguhnya selawat kamu akan dipersembahkan kepadaku, “lantas para sahabat bertanya , Wahai Rasulullah SAW, bagaimana selawat kami akan ditunjukkan kepadamu sedangkan pada saat itu jasad kamu telah hancur. Nabi SAW menjawab “ Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan bumi memakan jasad para nabi”.(MS-54)

HADIS PEMBERI AMARAN
وقال رسول الله صلى الله عبيه وسلم: البخيل الذي ذكرت عنده فلم يصل علي
Rasulullah SAW telah bersabda : orang yang bakhil ialah orang yang apabila namanya disebutkan di sisinya tetapi dia tidak berselawat kepadaku.(MS.110)

وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من ذكرت عنده فلم يصل عليّ أخطأ طريق إلى الجنة
            Sesiapa yang disebut namaku di sisinya, lantas dia tidak berselawat kepadaku, nescaya dia tidak akan menemui jalan ke syurga”

KISAH-KISAH TELADAN BERKAITAN DENGAN KELEBIHAN BERSELAWAT (MS.137)

Salah satu kisah menarik ialah apa yang telah berlaku kepada Imam Sufian a--Thauri, seorang ulama bertaraf mujtahid mutlak dan merupakan sahabat karib Imam Syafi'i. Cerita ini telah disampaikan oleh Imam Abu al-Laith yang juga bertaraf mujtahid mutlak.
Cerita Tok Guru Hj. Musa Tentang Cerita Imam al-Thauri



BAB 8

HIMPUNAN 70 SELAWAT PILIHAN DARI 12,000 SELAWAT.

27 Jan 2014

Negara Islam Menganjurkan Berbuat Baik dan Berkasih-Kasihan.
Tarikh:  25Jan2014
Tempat:  Masjid Raudhah Lundang.
Kitab   : Kebagusan Undang-Undang Islam dan Kecelaan Undang-Undang Manusia.


Petikan dari kitab
" Dan bermula Islam kemudian daripada itu mendirikan ia akan masyarakat atas berbuat bakti dan kebajikan, dan atas berkasih-kasihan, dan menyuruh ia atas yang kuat dan yang lemah dan yang kaya dan yang miskin dan yang hampir dan yang jauh dengan bahawa berbuat bakti ia bagi saudaranya kasihan belas ia akan dia".

Perbuatan berkasih sayang ini adalah suruhan dari Allah jua yang menciptakan manusia sebagaimana di dalam firmannya
( وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ)

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).Al-maidah:2

)وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ(

الحشر/9
Dan mendahulukan mereka itu akan orang yang lain daripada dirinya sendiri , walaupun mereka sendiri berhajat.) (Surah al-Hasyr)

Sebab turun ayat ini ialah sebagaimana yang disebut di dalam hadis Abu Hurairah bahawa seorang lelaki dari golongan Ansar yang telah didatangi tetamu. Sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa melainkan makanan yang cukup untuk nya dan anak kecil mereka. Kemudian dia mengarahkan isterinya untuk menidurkan anaknya kemudian mematikan pelita supaya gelap kemudian menjemput tetamu untuk makan sedangkan mereka dan anak kecil mereka tidak makan. Lalu turunlah ayat ini.

Ini adalah ajaran dan didikan Islam yang telah terhasil dapat dilihat pada orang-orang mukmin terhadap saudara mereka sehingga sanggup berlapar demi memuliakan tetamu mereka. Sifat ini agak susah untuk dilihat pada hari ini jika dibanding apa yang telah dilakukan oleh lelaki Ansar ini. Walaupun manusia pada hari ini sebenarnya lebih mewah dan mempunyai harta yang melimpah namun susah untuk memuliakan tetamu jika ada pun hanyalah memuliakan tetamu yang mempunyai kedudukan atau yang paling rapat sahaja.

Apa yang lebih berat lagi ialah, apa yang berlaku pada hari ini sifat mementingkan diri sendiri dan berlumba-lumba mendapatkan kelebihan dan keuntungan untuk diri sendiri sehingga hilangnya sifat kasihan belas kepada orang lain terutamanya kepada orang-orang miskin dan lemah. Orang kaya menindas orang miskin, orang berkuasa menindas orang bawahan, pemimpin menindas rakyat dan sebagainya. Akhirnya berlakulah kezaliman yang berleluasa tetapi dianggap perkara biasa, siapa cepat dia dapat, siapa bernasib baik itu adalah haknya. Semua ini adalah bersalahan dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Manakala dalil-dalil dari hadis nabi saw antaranya:-
" الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى , ارْحَمُوا مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ "
Orang-orang yang mengasihi maka akan dikasihi oleh Ar-Rahman Tabaraka Wa Taala. Oleh itu kasihilah semua orang yang berada di bumi nescaya akan mengasihi kamu oleh semua yang ada dilangit. (para malaikat)

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه خَادِمِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه قَالَ: "لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ".
 رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ [رقم:13]، وَمُسْلِمٌ [رقم:45
Daripada Abi Hamzah Anas bin Malik R.A dari Nabi saw telah bersabda" Tidak beriman seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri" Riwayat Bukhari dan Muslim.

Besar nya nilai kasih sayang di dalam hubungan sesama Mukmin sehingga tidak dikira sempurna iman sehinggalah kasih seseorang itu kepada saudaranya seperti kasih kepada dirinya sendiri. Seorang mukmin tidak biarkan saudaranya kelaparan , kehausan, susah, tertindas, dizalimi, sakit, dianiaya sebagaimana dia tidak mahu semua itu berlaku kepada nya.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ( مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ )

Dari Anas bin Malik R.A telah berkata: aku telah mendengar dari Rasulullah saw bersabda (Sesiapa yang suka rezekinya diluaskan oleh Allah dan dipanjang umur sihat walafiat, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Nasaei.

Maka jelaslah di sini bahawa Islam bukan agama pengganas sebagaimana yang dicanang oleh barat dan mereka yang bermusuh dengan Islam, termasuk juga mereka yang berprasangka buruk kepada negara Islam yang mahu ditubuhkan. Bahkan Islam memberi galakan dan kelebihan kepada mereka yang beramal dengan sifat berkasih-sayang. wallahu a'lam

26 May 2012

20 Mei 2012- Kuliah Maghrib di Surau An Najahiah Seksyen 19 Shah Alam

Tafsir Surah al Baqarah
Tafsir Ayat Pertama Surah al-Baqarah
Tarikh:18 Mei 2012
Tempat: Masjid al-Faizin Kepong

Isi kandungan tazkirah:-
    Dari awal surah Baqarah. Allah telah menurunkan "AL-KITAB" nya melalui junjungan besar Nabi Muhammad saw.  Di kenali dengan alQuran sebagaimana nama yang disebut di dalam al Quran sendiri.  Di dalam al Quran tidak ada keraguan padanya atau was-was kerana ianya adalah merupakan Kalam Allah yang Maha Benar lagi Maha Bijaksana.
    Walaupun begitu tidak semua manusia mendapat manfaat dari al-Quran, bahkan yang mendapat panduan dan hidayah hanyalah mereka yang bertaqwa sahaja.  Mereka yang bertaqwa menjadikan quran sebagai panduan hidup di dalam semua lapangan sama ada dalam bab ibadat kepada Allah secara ritual sehinggalah kepada urusan sesama manusia dan politik pemerintahan.
    Al-Quran adalah manual kehidupan manusia, sebagaimana peralatan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang pengeluar yang semuanya disertakan dengan manual untuk menggunakannya dengan cara yang betul.  Setiap kenderaan yang dikeluarkan mesti disertakan dengan buku manual (panduan), kamera mesti ada manual, peti sejuk ada manual, jika pengguna menggunakan peralatan tanpa manual nescaya peralatan tidak akan tahan lama.
    Oleh itu manusia adalah satu produk yang dihasilkan oleh Allah swt yang Maha Kuasa.  Maka Allah yang Maha Bijakasana telah menyediakan sebuah buku panduan kepada manusia dengan tujuan agar manusia dapat meneruskan kehidupan dengan cara yang betul dan tidak akan rosak. Lihatlah sekarang apabila manusia meninggalkan panduan daripada al-Quran , manusia menjadi rosak binasa pembunuhan menjadi kebiasaan, perompakan, zina , anak luar nikah, sumbang mahram, melanggar fitrah kehidupan manusia seperti lelaki kahwin lelaki dan perempuan kahwin perempuan. Ini sebahagian yang disebut, sememangnya amat banyak kebejatan yang dilakukan oleh manusia akibat dari meninggalkan al-Quran.