TAJUK: BERSUNGGUH MELAKUKAN IBADAT
KEPADA ALLAH
TARIKH: 17 FEBRUARI 14 - 17 RABIUL
AKHIR 1435
KITAB : NUZHATUL MUTTAQIN SYARAH
RIYADHUS SOLIHIN
TEMPAT: SURAU HJ ABDUL FATAH KG.
MEKASAR PASIR MAS
1. Firman
Allah SWT
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ
لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
69. dan
orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak
ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang
menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya
(Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha
membaiki amalannya.(al-‘Ankabuut)
(وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ )
99. dan
Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara Yang tetap) yakin.(al-Hijr)
وَاذْكُرِ اسْمَ
رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلً
8. dan sebutlah
(dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam),
serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan.(al-Muzzammil)
وَمَا تُقَدِّمُوا
لِأَنفُسِكُم مِّنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِندَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ
أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
20. apa jua
kebaikan Yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan
mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan Yang sebaik-baiknya dan
Yang amat besar pahalaNya. dan mintalah ampun kepada Allah; Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Muzzammil)
وَمَا تُنفِقُوا مِنْ
خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
273., apa jua
Yang kamu belanjakan dari harta Yang halal maka Sesungguhnya Allah sentiasa
mengetahuinya.(al-Baqarah)
فَمَن يَعْمَلْ
مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
7. maka sesiapa
berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
2. Hadis Nabi SAW.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله -
صلى الله عليه وسلم - : إِنَّ اللهَ قَالَ ( مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ
بِالحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ
عَلَيْهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتىَّ أَحَبَّهُ
، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ اَّلذِي
يَبْصُرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا ، وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا
، وَإِنْ سَأَلْنِي لَأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنْ اِسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ(
Maksud Hadis: Dari
Abu Hurairah RA, katanya “Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah
berfirman- dalam hadis Qudsi: “Barangsiapa memusuhi kekasihKu, maka
memberitahukan pada nya bahawa aku akan Kuperangi –Kumusuhi.
Dan tidaklah seorang hambaKu itu
mendekat padaKU dengan sesuatu yang amat KU cintai lebih daripada apabila ia
melakukan apa-apa yang telah Ku wajibkan padanya. Dan tidaklah seorang hambaKU
itu mendekatkan padaKu dan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga akhirnya aku
mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, Akulah yang sebagai telinganya
yang digunakan untuk mendengar, Akulah matanya yang dia gunakan untuk melihat,
Akulah tangannya yang dia gunakan untuk mengambil dan Akulah kakinya yang dia
gunakan untuk berjalan. Andai katak dia meminta sesuatu padaKU, pastilah Ku
beridan andaikata memohon perlindungan pada Ku, pastilah Ku lindungi.” (Riwayat
Bukhari))