Tafsir Ayat Pertama Surah al-Baqarah
Tarikh:18 Mei 2012
Tempat: Masjid al-Faizin Kepong
Isi kandungan tazkirah:-
Dari awal surah Baqarah. Allah telah menurunkan "AL-KITAB" nya melalui junjungan besar Nabi Muhammad saw. Di kenali dengan alQuran sebagaimana nama yang disebut di dalam al Quran sendiri. Di dalam al Quran tidak ada keraguan padanya atau was-was kerana ianya adalah merupakan Kalam Allah yang Maha Benar lagi Maha Bijaksana.
Walaupun begitu tidak semua manusia mendapat manfaat dari al-Quran, bahkan yang mendapat panduan dan hidayah hanyalah mereka yang bertaqwa sahaja. Mereka yang bertaqwa menjadikan quran sebagai panduan hidup di dalam semua lapangan sama ada dalam bab ibadat kepada Allah secara ritual sehinggalah kepada urusan sesama manusia dan politik pemerintahan.
Al-Quran adalah manual kehidupan manusia, sebagaimana peralatan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang pengeluar yang semuanya disertakan dengan manual untuk menggunakannya dengan cara yang betul. Setiap kenderaan yang dikeluarkan mesti disertakan dengan buku manual (panduan), kamera mesti ada manual, peti sejuk ada manual, jika pengguna menggunakan peralatan tanpa manual nescaya peralatan tidak akan tahan lama.
Oleh itu manusia adalah satu produk yang dihasilkan oleh Allah swt yang Maha Kuasa. Maka Allah yang Maha Bijakasana telah menyediakan sebuah buku panduan kepada manusia dengan tujuan agar manusia dapat meneruskan kehidupan dengan cara yang betul dan tidak akan rosak. Lihatlah sekarang apabila manusia meninggalkan panduan daripada al-Quran , manusia menjadi rosak binasa pembunuhan menjadi kebiasaan, perompakan, zina , anak luar nikah, sumbang mahram, melanggar fitrah kehidupan manusia seperti lelaki kahwin lelaki dan perempuan kahwin perempuan. Ini sebahagian yang disebut, sememangnya amat banyak kebejatan yang dilakukan oleh manusia akibat dari meninggalkan al-Quran.
No comments:
Post a Comment